Friday, November 28, 2008

MCE

Balik dari ofis semalam, puteri kedua saya tersengih-sengih kat depan muka pintu.
"Yei yei... exam dah abis..!!"....sambil memeluk ayahnya yg semakin mengembang ni...

SPM dah sampai ke garisan penamat. Last sekali paper EST. Bila ditanya macammana dengan semua papers, dia cakap , "alhamdulillah... okay juga laa..."
Dari jawapan pendek macam tu, saya tahu yang dia tak berdepan dengan banyak masaalah. Saya yakin dia akan berjaya menuruti jejak langkah abang & kakaknya ke menara gading.

Teringat saya ketika menamatkan paper terakhir MCE dulu... Saya adalah antara 7 penuntut yang mengambil subject Lukisan. Orang lain dah lama habis... cuma tinggal kami saja yang masih terkapai-kapai di dalam exam hall. Jealous betul tengok diorang lepak-lepak kat hostel.

Malam-malam sebelum balik ke kampung masing-masing, kami buat bonfire dengan membakar semua nota-nota dan buku-buku kerja... perghhh.. gitu ler gila-gilanya budak-budak sekolah asrama yang semua penuntutnya lelaki... tak terkawal dek warden. Bila ingat balik, rasa kesian pulak kat warden kami tu... patut la garang semacam..
Sorry la Mr. Segaran, di mana saja anda berada...
Yang mana kaki merokok tu, dah tak sorok-sorok lagi dah... sedut hembus sedut hembus selambaderk saja.... Saya pun adakalanya tumpang sekaki dua walaupun masa tu masih pakai badge prefect... wakaka... kalo tak sedut tak macho lah katakan...

Paling saya ingat sekali ialah bunyi-bunyi kaca tingkap yang pecah dengan tiba-tiba saja di waktu malam yang sunyi... Bunyi kaca pecah tu pula akan disahut dengan sorakan dari semua dorms. Yang ni memang kerja budak-budak yang nak balas dendam sebelum meninggalkan sekolah, samaada diaorang ni biasa kena public caning ataupun hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tapi semuanya dah jadi orang-orang besar di sana sini dan sudah tentulah diaorang sedar akan ke`bodoh'an yang dilakukan tu.

Semasa menunggu keputusan MCE keluar, saya berkerja di ladang tebu Cuping selama lebihkurang 3 bulan. Gaji sebulan ada la dalam 150 ringgit. Kira besar lah saya rasakan masa tu.
Kerja saya tak susah. Bukannya menebang tebu, tapi sebagai `budak tulis tiket'.

(Untuk catatan sejarah kehidupan):
Driver traktor akan berulang alik mengambil tebu di petak yang mana tebunya telah dibakar & ditebang. Setiap kali driver datang saya akan memberikannya tiket yang dituliskan nama, jenis tebu(samada ratna ataupun NCO 10...kalau tak silap), nombor plate traktor, dll. Tiket ini akan diberi pada kerani kilang semasa driver tadi meng`unload'kan tebu-tebu tu di kilang. Gaji hariannya akan dikira berdasarkan apa yang tercatat di tiket tadi.
Dalam rumpun tebu inilah saya buka bekalan lunch, solat & borak2 dgn rakan sekerja sambil menunggu kedatangan traktor, juga sebagai tempat berlindung dari panas & hujan.

Bila dah tahu result, saya menghadiri temuduga ke oversea. Kemudiannya, saya daftar masuk semula ke sekolah berasrama penuh tersebut ke Lower six science class. Yang bestnya, kami tak belajar pun... masing-masing menunggu masa untuk dipanggil ke seberang laut. Seorang demi seorang dipanggil untuk menghadiri sessi briefing di KL sebelum berangkat ke O'sea.

Akhirnya masa saya juga sampai... saya dapat buat A-Level kat NORCAT King's Lynn, UK.
Good bye SDAR.
:okay:

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez