Saturday, February 23, 2008

CAMPING : MENYINGKAP DIARI USANG

Balik saja dari PD hujung minggu lalu, Deri terasa nak buat n3 yang satu ni. Tapi masa tak mengizinkan. Mula-mula tu sibuk dengan meng`upload’kan gambar-gambar yang Deri ambil kat sana. Berpeluh-peluh jugak la Deri nak habiskannya… Sishoney lagi teruk sebab dia punya gambar ada la selori 5 tan banyaknya… Kemudian tu pulak, projek-projek kat office tu dengan tak semena-menanya banyak pula yang perlu dibereskan. Macam dengki pulak dengan kemeriahan yang kami kecapi kat PD hari tu…


Udah tu pula, Msjbox pulak sakit….Bos Junaidix pun pening kepala dibuatnya…Kesian la juga Deri kat Jun yang baru saja lega dengan Carneyz yang pening2 kepala masa kat PD hari tu…xper2…itu semua takkan dapat menghalang Deri dari membuat n3 ini….


Masa Deri sampai kat Pantai Seri Purnama hari tu dan melihat ketulan & benjolan kemah2 yang berderet dipacak oleh warga2 Msjbox… macam kilat otak Deri ni merentas masa kembali ke zaman menjadi pelajar A-Level di UK dulu. Cerita yang sama iaitu Camping!! Yang berbeza cuma cara, masa & suasana….


Begini ceritanya.


Seminggu sebelum rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka pada tahun 1980, brader Az datang berjumpa dengan brader Deri, ajak cipta satu sejarah di kalangan budak2 NORCAT, King’s Lynn. Dalam pening2 lalat baru bangun tidur hari tu, aku terkejut juga dengan cadangan brader Az ni. Aku ni baru saja nak menikmati permulaan cuti musim panas…Apakabenda la pulak ngan brader Az tu… duduk tak duduk, mai ajak aku cipta sejarah.


Berjela-jela dia explain kat aku tentang cadangannya untuk ber`camping’…nak ronda pusing Norfolk County selama seminggu dengan mengayuh basikal racing!! Tudia aihh… Norfolk CountyMalaysia. Member2 yang lain pula ada yang pakat pi ronda France, Italy, Holland, Belgium, Spain & Germany & ada yang pi jumpa ngan kawan2 diorang kat serata pelusuk England, Wales & Scotland. Aku pula masa tu bukannya kenal lagi ngan dak Norz tu… girlpren lama ada la, tapi dia study kat Malaysia. Jadi, bab dating ni memang tak masuk akal ler… tu bukannya kecik… lagipun aku bukannya ada basikal racing. Kalau nak beli satu pun aku bukannya ada duit lebih. Tapi, dalam hati aku terasa macam best jugak dengan cadangan tu. Cuti panjang musim panas ni bosan juga duduk kat rumah. Budak-budak junior semuanya balik cuti-cuti


Pendek cerita, dalam masa seminggu tu semua kelengkapan untuk ber`camping’ dah berada di depan mata. Perghhh, macam tak caya jer brader Deri ni… Basikal racing tu aku pinjam dengan brader Aizi. Dapur gas kecik, brader Az yang belikan. Khemah pun brader Az yang sediakan. Aku cuma jadi peneman brader Az. Risau juga kalau-kalau sakit demam kat tengah2 expedisi tu nanti… nak talipon kemana… pada siapa… bukan macam sekarang, semua orang jenjeng handphone kesana sini…. Bab mengayuh basikal tu aku tak pernah ragu dengan kebolehan fizikal aku masa tu…Yer la, umur pun baru melepasi 21 tahun….powerrrrr… Kalau sekarang ni minta maaf jer laa.. nak kayuh pi kedai mamak kat ujung jalan tu pun dah semput. Tok wan aku yang umur 98 tahun kat kampung tu lagi kuat kayuhannya….iskkk… kena build-up balik stamina nih….


31 Ogos 1980 >>
Dengan sedikit doa dan harapan, kami berdua pun memulakan kayuhan. Target pertama kami ialah camping site di Dower House, Thetford. Jaraknya lebih kurang 45 batu (72 km) dari King’s Lynn. Dalam setengah jam perjalanan, kami berhenti rehat kat dalam hutan pine (dah lupa kat mana). Sambil kunyah bekalan yang dibawa kami bincang sama ada nak continue atau nak abandon saja expedisi ni. Brader Az cakap, jarak kedepan ngan kebelakang lebihkurang sama jer, might as well kita teruskan. Aku ikut saja… Diskusi begitu tidak berulang lagi selepas itu….kerana selanjutnya adalah sejarah yang tercipta, yang aku kenang sehingga sekarang. Setengah jam kemudian kami berdua selamat sampai ke destinasi dan mula memacakkan kemah yang luasnya hanya sekangkang aku jer…Siap saja pacak kemah, kami keluar merayau sehingga senja.

Ni gambar aku melepas geram di Dower House camping site, sebab dah lama tak panjat pokok. Kalau pokok ni hidup lagi di tempat kejadian, korang mesti jumpa nama aku ngan brader Az terguris kat batang dia… Masa ni, rambut aku tu ramai minah saleh yang geram sebab lebat, hitam berkrim & ikal mayang… tapi itupun dah kira sejarah laa….ngeh…ngeh


Camping site kat UK masa tu banyak sangat, pilih jer mana berkenan di hati. Kemudahan awam seperti tandas, shower, kedai runcit, etc memang tak perlu dirisaukan. Selalunya dibahagi kepada 2 bahagian, camping & caravaning. Ramai famili yang datang park caravan. Bujang2 yang sengket macam kami ni pakat pacak kemah jer laa…Tapi yang lain-lain tu semuanya mat2 & minah2 saleh belaka… kami 2 orang ni jer yang lain dari yang lain… Era tu ok lagi dari segi keselamatan awam… kalau sekarang ni tak tau laa… Silap haribulan, bangun pagi mungkin kemah pun dah tak ada…Itupun kalau nasib baik dapat bangun pagi dengan selamat… Mungkin gak celik2 mata kat spital mana2… ngeri juga kalau aku fikirkan tentang keselamatan nih…


Next…1 September 1980>>
Pagi-pagi lagi kami dah mulakan kayuhan menuju destinasi seterusnya iaitu Leisure Park camping site, Saxmundham. Jaraknya lebihkurang sama juga. Kami sengaja pilih camping site yang jaraknya 45-50 batu (70-80 km) di antara satu sama lain & mengambil dalam 1 jam hingga 1.5 jam masa kayuhan.


Setelah melalui pekan kecil Hoxne & Diss, kami pun selamat sampai ke Saxmundham. Aku ingat lagi, kami singgah di Diss untuk membeli barang2 keperluan memasak. Ciput jer… sardin, minyak masak, tangki gas kecil, potato crisps & air minuman. Camping site kat sini memang class, ada tasik lagi…Macam semalam juga, sampai situ kami pun pacak kemah, tinggal barang dan merayau… senja baru balik mandi & memasak…Time sembahyang, bentang sejadah kat tepi kemah jer…Sebelum tidur kami sembang2 sikit sambil bincang2 akan perjalanan seterusnya…

Begini lah rupanya kemah kami bila siap dipacak. Dulu2 banyak kemah murah camni…` A’- frame type… janji bole tidur jer… barang2 lain semua sepah kat luar. Esok baru kutip & buang…

Singgah posing depan kincir angin kat Hoxne.

Kenangan kat pekan kecil Diss. Beg kat belakang aku tu boleh tahan juga beratnya. Lupa pulak nak timbang berapa kilo…

Kat depan tasik di Leisure Park camping site, Saxmundham. Cuma ini lah satu-satunya foto aku dengan brader Az. Aku dah tak ingat siapa yang tolong snap foto ni.


Adehh… letih laa.. panjang la pulok cerita ni. Baru 2 hari….Bila mula cerita macam2 memori digital aku terpantul keluar…nak berenti kat sini dulu. Ada kelapangan nanti baru sambung cerita kami silap jalan masuk ladang ternak babi, cerita aku hampir kena sedut masuk bawah lori tanker & cerita kami lepak kat pantai Great Yarmouth & Cromer cuci mata tengok mat2 & minah2 saleh sunbathing & mandi manda separuh bog… & ada juga yang terus bog… biasa la tu…. Aku & brader Az pulak yang kemalu-maluan, sebab kami berpakaian lengkap…. Isyyy, terbalik kot pulak laa….

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez