Friday, November 28, 2008

MCE

Balik dari ofis semalam, puteri kedua saya tersengih-sengih kat depan muka pintu.
"Yei yei... exam dah abis..!!"....sambil memeluk ayahnya yg semakin mengembang ni...

SPM dah sampai ke garisan penamat. Last sekali paper EST. Bila ditanya macammana dengan semua papers, dia cakap , "alhamdulillah... okay juga laa..."
Dari jawapan pendek macam tu, saya tahu yang dia tak berdepan dengan banyak masaalah. Saya yakin dia akan berjaya menuruti jejak langkah abang & kakaknya ke menara gading.

Teringat saya ketika menamatkan paper terakhir MCE dulu... Saya adalah antara 7 penuntut yang mengambil subject Lukisan. Orang lain dah lama habis... cuma tinggal kami saja yang masih terkapai-kapai di dalam exam hall. Jealous betul tengok diorang lepak-lepak kat hostel.

Malam-malam sebelum balik ke kampung masing-masing, kami buat bonfire dengan membakar semua nota-nota dan buku-buku kerja... perghhh.. gitu ler gila-gilanya budak-budak sekolah asrama yang semua penuntutnya lelaki... tak terkawal dek warden. Bila ingat balik, rasa kesian pulak kat warden kami tu... patut la garang semacam..
Sorry la Mr. Segaran, di mana saja anda berada...
Yang mana kaki merokok tu, dah tak sorok-sorok lagi dah... sedut hembus sedut hembus selambaderk saja.... Saya pun adakalanya tumpang sekaki dua walaupun masa tu masih pakai badge prefect... wakaka... kalo tak sedut tak macho lah katakan...

Paling saya ingat sekali ialah bunyi-bunyi kaca tingkap yang pecah dengan tiba-tiba saja di waktu malam yang sunyi... Bunyi kaca pecah tu pula akan disahut dengan sorakan dari semua dorms. Yang ni memang kerja budak-budak yang nak balas dendam sebelum meninggalkan sekolah, samaada diaorang ni biasa kena public caning ataupun hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tapi semuanya dah jadi orang-orang besar di sana sini dan sudah tentulah diaorang sedar akan ke`bodoh'an yang dilakukan tu.

Semasa menunggu keputusan MCE keluar, saya berkerja di ladang tebu Cuping selama lebihkurang 3 bulan. Gaji sebulan ada la dalam 150 ringgit. Kira besar lah saya rasakan masa tu.
Kerja saya tak susah. Bukannya menebang tebu, tapi sebagai `budak tulis tiket'.

(Untuk catatan sejarah kehidupan):
Driver traktor akan berulang alik mengambil tebu di petak yang mana tebunya telah dibakar & ditebang. Setiap kali driver datang saya akan memberikannya tiket yang dituliskan nama, jenis tebu(samada ratna ataupun NCO 10...kalau tak silap), nombor plate traktor, dll. Tiket ini akan diberi pada kerani kilang semasa driver tadi meng`unload'kan tebu-tebu tu di kilang. Gaji hariannya akan dikira berdasarkan apa yang tercatat di tiket tadi.
Dalam rumpun tebu inilah saya buka bekalan lunch, solat & borak2 dgn rakan sekerja sambil menunggu kedatangan traktor, juga sebagai tempat berlindung dari panas & hujan.

Bila dah tahu result, saya menghadiri temuduga ke oversea. Kemudiannya, saya daftar masuk semula ke sekolah berasrama penuh tersebut ke Lower six science class. Yang bestnya, kami tak belajar pun... masing-masing menunggu masa untuk dipanggil ke seberang laut. Seorang demi seorang dipanggil untuk menghadiri sessi briefing di KL sebelum berangkat ke O'sea.

Akhirnya masa saya juga sampai... saya dapat buat A-Level kat NORCAT King's Lynn, UK.
Good bye SDAR.
:okay:

Thursday, November 13, 2008

13 NOVEMBER DALAM KENANGAN

Hari ini, 25 tahun yang lalu.

Peristiwa 13 November 1983 masih jelas terpahat di ingatan. Walau bagaimana pahit sekali pun, ketentuan Ilahi wajib di telan. Peristiwa ini juga telah sedikit sebanyak merobah liku-liku perjalanan hidup saya, juga melarik satu corak baru dalam arca kehidupan saya seterusnya. Sehingga sekarang saya tidak pernah membicarakan peristiwa ini bersama-sama ayah & ibu, walau secebis jua. Saya tahu, hati ayah & ibu bagai disiat sembilu. Tapi, kekuatan iman ayah & ibu jugalah yang menjadi pemangkin kami sekeluarga untuk menerima hakikatnya. Justeru itu, saya simpan saja segala-galanya dalam ingatan.

Semoga Allah swt. mencucuri RahmatNya ke atas roh adik-adik dan datuk saya yang dikasihi, yang telah lama meninggalkan kami. Semoga Allah swt. menempatkan roh datuk saya dalam golongan orang-orang yang beriman dan ber`amal soleh. Saya tahu, adik-adik saya sedang menunggu kehadiran ibu dan ayah di sana untuk menghulurkan tangan-tangan mereka dan memimpin ibu & ayah ke syurga.

Seperti biasa, hati saya terasa sayu bilamana membicarakan tentang peristiwa ini......

UTUSAN MALAYSIA : DATUK BERSAMA 2 CUCU TERBUNUH DILANGGAR LORI

KANGAR, 13 Nov.- Tiga orang yang terdiri dari seorang datuk dan dua orang cucunya, terbunuh akibat dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Kaki Bukit di sini, pagi ini.

Encik Hashim bin Awang, 65, menemui ajal bersama dua dari cucunya itu, Sofina, 12, dan Rahimah binti Yahaya, 6, dalam kecelakaan pukul 7.30 pagi itu. Seorang lagi cucunya Sayani, 13 cedera parah akibat kemalangan ngeri itu.

Lori itu datang dari arah Kangar dalam perjalanan ke Kilang Simen Bukit Keteri, Cuping.
Pemandunya yang berumur 30 tahun dalam aduan pada polis mendakwa bahawa ia ternampak sebuah lembaga hitam dan kenderaan itu tidak dapat dikawalnya lalu merempuh keempat orang itu di sebelah kanan jalan tersebut.

Untuk menjaga keselamatannya, pemandu yang membawa lori tersebut dari Kuala Ketil, Kedah itu terus pergi membuat pengaduan di Balai Polis Kangar.

Ketika perlanggaran ngeri itu berlaku, Encik Hashim, bekas ketua stesen bas Syarikat Perkongsian Melayu Perlis, bersama-sama tiga orang cucunnya itu sedang berjalan pulang setelah pergi membeli kuih untuk sarapan pagi.

Menurut polis, Allahyarham Hashim dan Sofina mati serta merta di tempat kejadian manakala Rahimah mati dalam perjalanan ke Hospital Kangar.

Seorang keluarga mereka memberitahu Utusan Malaysia bahawa kecelakaan tersebut berlaku kira-kira 25 meter sahaja dari lorong masuk ke rumah mereka.

Orang-orang yang berkejar ke tempat itu untuk menolong begitu terharu apabila mendapati Sofina masih menggengam kuih yang baru dibeli itu meskipun ia sudah terbujur di situ manakala seliparnya, kakak dan adiknya bertaburan.

Sofina, seorang murid yang pintar dan mendapat 5A dalam peperiksaan penilaian darjah lima dan telah diterima melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh manakala adiknya, Rahimah yang belum bersekolah sudahpun pandai menulis dan membaca.


Bapa kanak-kanak itu, Encik Yahaya hanya seorang pemandu kenderaan di Ladang Tebu Cuping, tetapi mempunyai anak-anak yang pintar dalam pelajaran.


Seorang darinya, ............................................................. ......................................... MARA.


Wakil rakyat kawasan Paya, Encik Taib Ismail adalah antara mereka yang turut menziarah ketiga jenazah itu sejak di bilik mayat Hospital Besar di sini hingga ke rumah mereka di Batu 3 3/4, Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit.

THE STAR : GRANDPA, GIRLS DIE IN CRASH

ALOR STAR, Sun.- A pensioner and his two grand-daughters were killed when they were run over by a lorry at Kaki Bukit in Perlis this morning.

Police identified the pensioner as Hashim Awang, 65, and the two girls as Safina Yahaya, 12, and her sister Rahimah, six.

Hashim and Safina, a Standard Six pupil of Sekolah Kebangsaan Paya, died on the spot at the 6th km. Kaki Bukit-Kangar main road while Rahimah died on the way to Kangar General Hospital.

A third sister, Sayani, 13, was seriously injured and was admitted to the intensive care unit of the hospital.

Police said Hashim and his three grand-daughters were walking home after buying cakes for breakfast at a nearby coffee shop. They were only about 0.5km away from home when the accident occured about 7.30 am.

Passing motorists stopped to help take the four to the hospital.

The 30-year-old lorry driver lodged a report at the Kangar police station about 9 am.


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez