Friday, November 28, 2008

MCE

Balik dari ofis semalam, puteri kedua saya tersengih-sengih kat depan muka pintu.
"Yei yei... exam dah abis..!!"....sambil memeluk ayahnya yg semakin mengembang ni...

SPM dah sampai ke garisan penamat. Last sekali paper EST. Bila ditanya macammana dengan semua papers, dia cakap , "alhamdulillah... okay juga laa..."
Dari jawapan pendek macam tu, saya tahu yang dia tak berdepan dengan banyak masaalah. Saya yakin dia akan berjaya menuruti jejak langkah abang & kakaknya ke menara gading.

Teringat saya ketika menamatkan paper terakhir MCE dulu... Saya adalah antara 7 penuntut yang mengambil subject Lukisan. Orang lain dah lama habis... cuma tinggal kami saja yang masih terkapai-kapai di dalam exam hall. Jealous betul tengok diorang lepak-lepak kat hostel.

Malam-malam sebelum balik ke kampung masing-masing, kami buat bonfire dengan membakar semua nota-nota dan buku-buku kerja... perghhh.. gitu ler gila-gilanya budak-budak sekolah asrama yang semua penuntutnya lelaki... tak terkawal dek warden. Bila ingat balik, rasa kesian pulak kat warden kami tu... patut la garang semacam..
Sorry la Mr. Segaran, di mana saja anda berada...
Yang mana kaki merokok tu, dah tak sorok-sorok lagi dah... sedut hembus sedut hembus selambaderk saja.... Saya pun adakalanya tumpang sekaki dua walaupun masa tu masih pakai badge prefect... wakaka... kalo tak sedut tak macho lah katakan...

Paling saya ingat sekali ialah bunyi-bunyi kaca tingkap yang pecah dengan tiba-tiba saja di waktu malam yang sunyi... Bunyi kaca pecah tu pula akan disahut dengan sorakan dari semua dorms. Yang ni memang kerja budak-budak yang nak balas dendam sebelum meninggalkan sekolah, samaada diaorang ni biasa kena public caning ataupun hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tapi semuanya dah jadi orang-orang besar di sana sini dan sudah tentulah diaorang sedar akan ke`bodoh'an yang dilakukan tu.

Semasa menunggu keputusan MCE keluar, saya berkerja di ladang tebu Cuping selama lebihkurang 3 bulan. Gaji sebulan ada la dalam 150 ringgit. Kira besar lah saya rasakan masa tu.
Kerja saya tak susah. Bukannya menebang tebu, tapi sebagai `budak tulis tiket'.

(Untuk catatan sejarah kehidupan):
Driver traktor akan berulang alik mengambil tebu di petak yang mana tebunya telah dibakar & ditebang. Setiap kali driver datang saya akan memberikannya tiket yang dituliskan nama, jenis tebu(samada ratna ataupun NCO 10...kalau tak silap), nombor plate traktor, dll. Tiket ini akan diberi pada kerani kilang semasa driver tadi meng`unload'kan tebu-tebu tu di kilang. Gaji hariannya akan dikira berdasarkan apa yang tercatat di tiket tadi.
Dalam rumpun tebu inilah saya buka bekalan lunch, solat & borak2 dgn rakan sekerja sambil menunggu kedatangan traktor, juga sebagai tempat berlindung dari panas & hujan.

Bila dah tahu result, saya menghadiri temuduga ke oversea. Kemudiannya, saya daftar masuk semula ke sekolah berasrama penuh tersebut ke Lower six science class. Yang bestnya, kami tak belajar pun... masing-masing menunggu masa untuk dipanggil ke seberang laut. Seorang demi seorang dipanggil untuk menghadiri sessi briefing di KL sebelum berangkat ke O'sea.

Akhirnya masa saya juga sampai... saya dapat buat A-Level kat NORCAT King's Lynn, UK.
Good bye SDAR.
:okay:

Thursday, November 13, 2008

13 NOVEMBER DALAM KENANGAN

Hari ini, 25 tahun yang lalu.

Peristiwa 13 November 1983 masih jelas terpahat di ingatan. Walau bagaimana pahit sekali pun, ketentuan Ilahi wajib di telan. Peristiwa ini juga telah sedikit sebanyak merobah liku-liku perjalanan hidup saya, juga melarik satu corak baru dalam arca kehidupan saya seterusnya. Sehingga sekarang saya tidak pernah membicarakan peristiwa ini bersama-sama ayah & ibu, walau secebis jua. Saya tahu, hati ayah & ibu bagai disiat sembilu. Tapi, kekuatan iman ayah & ibu jugalah yang menjadi pemangkin kami sekeluarga untuk menerima hakikatnya. Justeru itu, saya simpan saja segala-galanya dalam ingatan.

Semoga Allah swt. mencucuri RahmatNya ke atas roh adik-adik dan datuk saya yang dikasihi, yang telah lama meninggalkan kami. Semoga Allah swt. menempatkan roh datuk saya dalam golongan orang-orang yang beriman dan ber`amal soleh. Saya tahu, adik-adik saya sedang menunggu kehadiran ibu dan ayah di sana untuk menghulurkan tangan-tangan mereka dan memimpin ibu & ayah ke syurga.

Seperti biasa, hati saya terasa sayu bilamana membicarakan tentang peristiwa ini......

UTUSAN MALAYSIA : DATUK BERSAMA 2 CUCU TERBUNUH DILANGGAR LORI

KANGAR, 13 Nov.- Tiga orang yang terdiri dari seorang datuk dan dua orang cucunya, terbunuh akibat dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Kaki Bukit di sini, pagi ini.

Encik Hashim bin Awang, 65, menemui ajal bersama dua dari cucunya itu, Sofina, 12, dan Rahimah binti Yahaya, 6, dalam kecelakaan pukul 7.30 pagi itu. Seorang lagi cucunya Sayani, 13 cedera parah akibat kemalangan ngeri itu.

Lori itu datang dari arah Kangar dalam perjalanan ke Kilang Simen Bukit Keteri, Cuping.
Pemandunya yang berumur 30 tahun dalam aduan pada polis mendakwa bahawa ia ternampak sebuah lembaga hitam dan kenderaan itu tidak dapat dikawalnya lalu merempuh keempat orang itu di sebelah kanan jalan tersebut.

Untuk menjaga keselamatannya, pemandu yang membawa lori tersebut dari Kuala Ketil, Kedah itu terus pergi membuat pengaduan di Balai Polis Kangar.

Ketika perlanggaran ngeri itu berlaku, Encik Hashim, bekas ketua stesen bas Syarikat Perkongsian Melayu Perlis, bersama-sama tiga orang cucunnya itu sedang berjalan pulang setelah pergi membeli kuih untuk sarapan pagi.

Menurut polis, Allahyarham Hashim dan Sofina mati serta merta di tempat kejadian manakala Rahimah mati dalam perjalanan ke Hospital Kangar.

Seorang keluarga mereka memberitahu Utusan Malaysia bahawa kecelakaan tersebut berlaku kira-kira 25 meter sahaja dari lorong masuk ke rumah mereka.

Orang-orang yang berkejar ke tempat itu untuk menolong begitu terharu apabila mendapati Sofina masih menggengam kuih yang baru dibeli itu meskipun ia sudah terbujur di situ manakala seliparnya, kakak dan adiknya bertaburan.

Sofina, seorang murid yang pintar dan mendapat 5A dalam peperiksaan penilaian darjah lima dan telah diterima melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh manakala adiknya, Rahimah yang belum bersekolah sudahpun pandai menulis dan membaca.


Bapa kanak-kanak itu, Encik Yahaya hanya seorang pemandu kenderaan di Ladang Tebu Cuping, tetapi mempunyai anak-anak yang pintar dalam pelajaran.


Seorang darinya, ............................................................. ......................................... MARA.


Wakil rakyat kawasan Paya, Encik Taib Ismail adalah antara mereka yang turut menziarah ketiga jenazah itu sejak di bilik mayat Hospital Besar di sini hingga ke rumah mereka di Batu 3 3/4, Padang Pauh, Jalan Kaki Bukit.

THE STAR : GRANDPA, GIRLS DIE IN CRASH

ALOR STAR, Sun.- A pensioner and his two grand-daughters were killed when they were run over by a lorry at Kaki Bukit in Perlis this morning.

Police identified the pensioner as Hashim Awang, 65, and the two girls as Safina Yahaya, 12, and her sister Rahimah, six.

Hashim and Safina, a Standard Six pupil of Sekolah Kebangsaan Paya, died on the spot at the 6th km. Kaki Bukit-Kangar main road while Rahimah died on the way to Kangar General Hospital.

A third sister, Sayani, 13, was seriously injured and was admitted to the intensive care unit of the hospital.

Police said Hashim and his three grand-daughters were walking home after buying cakes for breakfast at a nearby coffee shop. They were only about 0.5km away from home when the accident occured about 7.30 am.

Passing motorists stopped to help take the four to the hospital.

The 30-year-old lorry driver lodged a report at the Kangar police station about 9 am.


Saturday, February 23, 2008

CAMPING : MENYINGKAP DIARI USANG

Balik saja dari PD hujung minggu lalu, Deri terasa nak buat n3 yang satu ni. Tapi masa tak mengizinkan. Mula-mula tu sibuk dengan meng`upload’kan gambar-gambar yang Deri ambil kat sana. Berpeluh-peluh jugak la Deri nak habiskannya… Sishoney lagi teruk sebab dia punya gambar ada la selori 5 tan banyaknya… Kemudian tu pulak, projek-projek kat office tu dengan tak semena-menanya banyak pula yang perlu dibereskan. Macam dengki pulak dengan kemeriahan yang kami kecapi kat PD hari tu…


Udah tu pula, Msjbox pulak sakit….Bos Junaidix pun pening kepala dibuatnya…Kesian la juga Deri kat Jun yang baru saja lega dengan Carneyz yang pening2 kepala masa kat PD hari tu…xper2…itu semua takkan dapat menghalang Deri dari membuat n3 ini….


Masa Deri sampai kat Pantai Seri Purnama hari tu dan melihat ketulan & benjolan kemah2 yang berderet dipacak oleh warga2 Msjbox… macam kilat otak Deri ni merentas masa kembali ke zaman menjadi pelajar A-Level di UK dulu. Cerita yang sama iaitu Camping!! Yang berbeza cuma cara, masa & suasana….


Begini ceritanya.


Seminggu sebelum rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka pada tahun 1980, brader Az datang berjumpa dengan brader Deri, ajak cipta satu sejarah di kalangan budak2 NORCAT, King’s Lynn. Dalam pening2 lalat baru bangun tidur hari tu, aku terkejut juga dengan cadangan brader Az ni. Aku ni baru saja nak menikmati permulaan cuti musim panas…Apakabenda la pulak ngan brader Az tu… duduk tak duduk, mai ajak aku cipta sejarah.


Berjela-jela dia explain kat aku tentang cadangannya untuk ber`camping’…nak ronda pusing Norfolk County selama seminggu dengan mengayuh basikal racing!! Tudia aihh… Norfolk CountyMalaysia. Member2 yang lain pula ada yang pakat pi ronda France, Italy, Holland, Belgium, Spain & Germany & ada yang pi jumpa ngan kawan2 diorang kat serata pelusuk England, Wales & Scotland. Aku pula masa tu bukannya kenal lagi ngan dak Norz tu… girlpren lama ada la, tapi dia study kat Malaysia. Jadi, bab dating ni memang tak masuk akal ler… tu bukannya kecik… lagipun aku bukannya ada basikal racing. Kalau nak beli satu pun aku bukannya ada duit lebih. Tapi, dalam hati aku terasa macam best jugak dengan cadangan tu. Cuti panjang musim panas ni bosan juga duduk kat rumah. Budak-budak junior semuanya balik cuti-cuti


Pendek cerita, dalam masa seminggu tu semua kelengkapan untuk ber`camping’ dah berada di depan mata. Perghhh, macam tak caya jer brader Deri ni… Basikal racing tu aku pinjam dengan brader Aizi. Dapur gas kecik, brader Az yang belikan. Khemah pun brader Az yang sediakan. Aku cuma jadi peneman brader Az. Risau juga kalau-kalau sakit demam kat tengah2 expedisi tu nanti… nak talipon kemana… pada siapa… bukan macam sekarang, semua orang jenjeng handphone kesana sini…. Bab mengayuh basikal tu aku tak pernah ragu dengan kebolehan fizikal aku masa tu…Yer la, umur pun baru melepasi 21 tahun….powerrrrr… Kalau sekarang ni minta maaf jer laa.. nak kayuh pi kedai mamak kat ujung jalan tu pun dah semput. Tok wan aku yang umur 98 tahun kat kampung tu lagi kuat kayuhannya….iskkk… kena build-up balik stamina nih….


31 Ogos 1980 >>
Dengan sedikit doa dan harapan, kami berdua pun memulakan kayuhan. Target pertama kami ialah camping site di Dower House, Thetford. Jaraknya lebih kurang 45 batu (72 km) dari King’s Lynn. Dalam setengah jam perjalanan, kami berhenti rehat kat dalam hutan pine (dah lupa kat mana). Sambil kunyah bekalan yang dibawa kami bincang sama ada nak continue atau nak abandon saja expedisi ni. Brader Az cakap, jarak kedepan ngan kebelakang lebihkurang sama jer, might as well kita teruskan. Aku ikut saja… Diskusi begitu tidak berulang lagi selepas itu….kerana selanjutnya adalah sejarah yang tercipta, yang aku kenang sehingga sekarang. Setengah jam kemudian kami berdua selamat sampai ke destinasi dan mula memacakkan kemah yang luasnya hanya sekangkang aku jer…Siap saja pacak kemah, kami keluar merayau sehingga senja.

Ni gambar aku melepas geram di Dower House camping site, sebab dah lama tak panjat pokok. Kalau pokok ni hidup lagi di tempat kejadian, korang mesti jumpa nama aku ngan brader Az terguris kat batang dia… Masa ni, rambut aku tu ramai minah saleh yang geram sebab lebat, hitam berkrim & ikal mayang… tapi itupun dah kira sejarah laa….ngeh…ngeh


Camping site kat UK masa tu banyak sangat, pilih jer mana berkenan di hati. Kemudahan awam seperti tandas, shower, kedai runcit, etc memang tak perlu dirisaukan. Selalunya dibahagi kepada 2 bahagian, camping & caravaning. Ramai famili yang datang park caravan. Bujang2 yang sengket macam kami ni pakat pacak kemah jer laa…Tapi yang lain-lain tu semuanya mat2 & minah2 saleh belaka… kami 2 orang ni jer yang lain dari yang lain… Era tu ok lagi dari segi keselamatan awam… kalau sekarang ni tak tau laa… Silap haribulan, bangun pagi mungkin kemah pun dah tak ada…Itupun kalau nasib baik dapat bangun pagi dengan selamat… Mungkin gak celik2 mata kat spital mana2… ngeri juga kalau aku fikirkan tentang keselamatan nih…


Next…1 September 1980>>
Pagi-pagi lagi kami dah mulakan kayuhan menuju destinasi seterusnya iaitu Leisure Park camping site, Saxmundham. Jaraknya lebihkurang sama juga. Kami sengaja pilih camping site yang jaraknya 45-50 batu (70-80 km) di antara satu sama lain & mengambil dalam 1 jam hingga 1.5 jam masa kayuhan.


Setelah melalui pekan kecil Hoxne & Diss, kami pun selamat sampai ke Saxmundham. Aku ingat lagi, kami singgah di Diss untuk membeli barang2 keperluan memasak. Ciput jer… sardin, minyak masak, tangki gas kecil, potato crisps & air minuman. Camping site kat sini memang class, ada tasik lagi…Macam semalam juga, sampai situ kami pun pacak kemah, tinggal barang dan merayau… senja baru balik mandi & memasak…Time sembahyang, bentang sejadah kat tepi kemah jer…Sebelum tidur kami sembang2 sikit sambil bincang2 akan perjalanan seterusnya…

Begini lah rupanya kemah kami bila siap dipacak. Dulu2 banyak kemah murah camni…` A’- frame type… janji bole tidur jer… barang2 lain semua sepah kat luar. Esok baru kutip & buang…

Singgah posing depan kincir angin kat Hoxne.

Kenangan kat pekan kecil Diss. Beg kat belakang aku tu boleh tahan juga beratnya. Lupa pulak nak timbang berapa kilo…

Kat depan tasik di Leisure Park camping site, Saxmundham. Cuma ini lah satu-satunya foto aku dengan brader Az. Aku dah tak ingat siapa yang tolong snap foto ni.


Adehh… letih laa.. panjang la pulok cerita ni. Baru 2 hari….Bila mula cerita macam2 memori digital aku terpantul keluar…nak berenti kat sini dulu. Ada kelapangan nanti baru sambung cerita kami silap jalan masuk ladang ternak babi, cerita aku hampir kena sedut masuk bawah lori tanker & cerita kami lepak kat pantai Great Yarmouth & Cromer cuci mata tengok mat2 & minah2 saleh sunbathing & mandi manda separuh bog… & ada juga yang terus bog… biasa la tu…. Aku & brader Az pulak yang kemalu-maluan, sebab kami berpakaian lengkap…. Isyyy, terbalik kot pulak laa….

Friday, January 18, 2008

NOSTALGIA


KHAS BUAT UncleJ

Since hang dah buka cerita yang tak semena-mena mengembalikan nostalgia aku dan mengambil sempena minggu berkasih sayang Combi serta demam Bollywood yang melanda warga-warga blog Msjbox, aku nak cerita sikit kat hang tentang apa yang berlaku 30 tahun lalu…..


Ready….music on pleaZZe…..!!







Dalam perjalanan yang jauh menaiki keretapi dari Seremban ke Arau pada akhir November 1977…(ketapi pun macam ulat bulu…lambat giler!!) mata aku merah…bukan masuk abuk, bukan kena bedal ngan boyfriend miss Choy…tapi aku cuba menahan air mata aku ni (nanti…jgn kata aku tak macho…tunggu cerita abis dulu…..) dari merembes keluar gara-gara tidak dapat menahan sedih berpisah dengan korang semua. Bersalaman kita semua di stesen keretapi Seremban, berpeluk-pelukan (jgn salah sangka plak….) dan memberi lambaian terakhir masih lagi segar di ingatan aku.


“Woit…jantan la…..mana boleh nangis….tak macho!! Jangan jadi `jambu’ pulak!! ( kau ingat lagi ke istilah jambu ni? Kehkehkeh….sapa-sapa nak tahu, tanya UncleJ ) Itu lah pesanan & gurauan yang diucapkan dalam cubaan untuk menyembunyikan perasaan sebenar yang bergelodak di dalam jiwa masing-masing. Hampeh…mata merah macam udang terbakar pun nak berlagak macho lagi…hahaha..begitulah kerasnya hati SDARIAN….(we’re the sdarians…mighty mighty sdarians…rough tough sdarians…lagu yang selalu dinyanyikan ketika bersama-sama pasukan sorak sekolah…pom-pom boys…kekekeh)


Perghh…Sedih dan pilu betul-betul mencengkam perasaan aku ketika melambai pada kalian semua. Mungkin selepas ini kita semua takkan dapat bersua lagi. Akhirnya UJ, aku tewas kepada perasaan ku (oh tidak…tangan tengah tekup muka ni…malu…) Zasss, berhambur jugak air mata aku…citt..porah!! apara dei…bikin malu saja. Tapi, fikir-fikir balik nak malu pada siapa ya? Begitulah jiwa remaja…mengandaikan dirinya gagah perkasa sedangkan hatinya rapuh macam biskut Jacob.


Haa, macam itu lah keadaan aku masa tu UJ. Trajis!!! ( Kalau Norz nampak aku nangis masa tu, mesti dia reject pnyer…..) Ingat senang ke nak tinggalkan member-member yang bersusah senang selama 6 tahun kat hostel tu…..Semua dah jadi macam adik-beradik.


Semua orang ingat akan lirik lagu fofuler setiap zaman yang selalu dinyanyikan di setiap majlis perpisahan ni kan...
**Bertemu dan berpisah adat manusia biasa…
**Hilang di mata tapi di hati tidak lupa….

**Berdoalah kita agar aman dan sentosa…

**Semoga berjumpa pula kita disuatu masa…


Akhirnya Allah mempertemukan juga kita dalam perancanganNYA yang tersendiri. Seperti yang hang kata, kita tidak pernah bertemu dalam reunion & gathering yang dianjurkan sebelum ini. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Manusia hanya bisa merancang, tapi Allah Azzawajalla jua yang menentukan. Di sebalik setiap pertemuan dan perpisahan itu ada hikmah yang tersembunyi. Seandainya kita bermuhasabah diri akan kita temui juga apa yang tersurat dan tersirat didalamnya.


Semoga Allah swt. mencucuri rahmatNya keatas roh rakan-rakan kita yang telah
mendahului kita kembali kerahmatullah. Berdoalah kita agar
Allahyarham Kamaruddin Yahya,
Khairul Anuar , Borhanuddin, Mat Rozi, Bahari Aban, Misran dan Roslen ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Jangan kita semua lalai & lupa, kita akan menyusul juga di suatu masa nanti…….


My most adorable Biology teacher,
Mrs Kunapathy Arjuna




My lovely form 5 science Kelvin teacher,
Miss Choy Sook Leng





Cikgu kesayangan hamba, Pn Norzila Shaari
( form 5 Technical Ramsden)




Heart-throbbing teacher from Liverpool,
Miss Janet Billinge


Thursday, December 6, 2007

SEMBANG PETANG DI TEPIAN BENDANG


Bila TUA memperlihatkan kelibatnya, seiring dengan fizikal yang mula luntur dan lesu, kita mula terbayangkan kisah-kisah lampau semasa zaman kanak-kanak & zaman remaja yang tak akan muncul lagi. Ianya tinggal sebagai satu lipatan sejarah dalam hidup kita, tak kiralah sama ada pahit atau manis, masin, tawar…apa-apa saja mengikut citarasa. Bagi yang mendirikan rumah tangga dan beranak cucu, pasti saja kita akan bercerita pada mereka tentang kenangan & pengalaman yang kita lalui sepanjang perantauan kita merentasi masa tersebut. Itu akan terjadi secara otomatis, tanpa desakan atau provokasi dari sesiapa pun. Mungkin ianya sebagai satu cara mengisi masa terluang bersama anak cucu, ataupun ianya mahu diluahkan sebagai satu nasihat.…..satu kisah & tauladan.

Zaman persekolahan Deri merupakan zaman yang penuh dengan warna-warni….melayari alam remaja bersama rakan & taulan, yang semuanya lelaki, di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri `kurang satu cukup sepuluh’.

Setiap detik & waktu, siang maupun malam, sentiasa bersama mereka. Susah dan senang bersama. Sebahagian dari kami menjadi seperti saudara yang tersangat rapat, sungguh akrab. Malahan pertalian kekeluargaan kami lebih rapat dari ahli keluarga sendiri.

Setelah selesai zaman persekolahan, masing-masing mengorak langkah menyusuri haluan sendiri. Berbekalkan keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang, separuh dari kami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebahagian lagi melanjutkan pelajaran ke menara-menara gading di seluruh Malaysia. Segelintir sahaja yang kembali meneruskan pengajian di tingkatan enam di sekolah yang sama. Sudah menjadi kelaziman, terdapat juga seorang dua yang hilang entah kemana. Seorang dari kami kembali kepangkuan Ilahi sebelum menerima keputusan SPMnya yang teramat cemerlang.

Kini, masing-masing duduk, berdiri & melangkah dengan gaya sendiri. Gaya yang dibentuk dengan jatidiri dan kekentalan hati. Ramai yang telah mengukir kejayaan. Apa sebenarnya erti kejayaan? Pada Deri, erti `kejayaan’ itu perlu dihalusi, adakalanya perlu mengikut tafsiran diri individu itu sendiri. Ibu bapa Deri, yang adakalanya dimasa lampau tidak dapat menghulurkan walaupun sepuluh ringgit sebulan semasa Deri di sekolah berasrama penuh dulu adalah merupakan dua insan yang amat berjaya mengikut tafsiran Deri. Kenapa? Tanya diri sendiri………anda juga akan mengucapkan kata-kata yang sama dengan Deri.

Setelah sekian lama tidak bertemu & bertanya khabar, terpatrilah satu `jarak’ diantara kami. Reunion & alumni diadakan di lokasi-lokasi terpilih, namun tidak ramai yang dapat menghadirkan diri. Buku pendaftaran akan hanya memuatkan nama yang sama pada setiap kali perjumpaan dianjurkan.

Kata seorang rakan, “setelah berjaya `menghadirkan’ diri di beberapa perjumpaan yang diaturkan, akhirnya aku tidak rela lagi memujuk hati ini untuk bertemu & berceloteh bersama. Ada kelainan pada senyuman, tuturkata & gelaktawa. Cara pergaulan & gaya bahasa sudah tidak sama lagi. Tajuk bicara juga ada kalanya janggal pada halua telinga aku”.

Bukanlah semuanya begitu, masih ada juga yang bersahaja seperti dulu. Rakan-rakan di dalam kelompok ini lebih afdal berbicara di warung-warung dan restoran mamak sambil menyedut buih-buih pada gelas teh tarik kaw!! Ketawa terbahak-bahak tanpa perlu memperlahankan suara untuk menjaga status. Tidak terdengar ucapan-ucapan ‘hello dato”, “hai prof” ataupun “how r u doc”, hanyalah ungkapan nama-nama samaran lama seperti `itik’, `ayam’, `belia’, `mungah’, `cilek’ dan berbagai-bagai lagi. Ini yang Deri rindukan.

Itulah lumrah alam & kehidupan. Masa mengubah segala-galanya. Rakan-rakan Deri yang selalu hadir di perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan selalunya terdiri dari mereka-mereka yang telah `berjaya’. Bak kata rakan Deri di dalam blognya untuk menggambarkan betapa ramainya cendikiawan serta professional yang hadir; “Terdapat ramai professor dari kalangan kami. Sememangnya dulu kami mempunyai jumlah pelajar-pelajar yang cemerlang. Saya percaya kiranya anda lontarkan seketul batu semasa perjumpaan makan malam kami, besar kemungkinan ia akan mengenai pemegang PhD ataupun MD.”

Hebat kan? Sememangnya situasi sebegini amat membanggakan. Namun disatu sudut yang berbeza, rakan-rakan yang ditafsirkan tidak atau kurang berjaya akan terkulat-kulat, tersengih-sengih mendengar perbualan yang sekali-sekala sahaja dapat difahami intipatinya. Kerana itu, ramai dari `golongan’ ini hanya terpahat nama mereka pada perjumpaan yang pertama kali saja. Selepas itu ada yang terus menyepikan diri. Biar pun bertembung di simpang yang sama, dia akan berusaha meloloskan diri ke arah yang berlainan.

Jelas sekali bukan Deri saja yang mempunyai tanggapan sebegini. Rakan yang merupakan seorang professor madya di sebuah universiti tempatan pernah merakamkan keluhan yang sama di ruang siber. Di akhir kata rakan Deri ini menulis;


".......bukan senang nak cari kawan yang masih maintain status 'quo' lama macam dia (saudara kami yang telah kembali ke Rahmatullah). Yang lain2 tu banyak juga yang dah berubah so kita kenalah adjust ikut keadaan. Maklumlah masing2 nak jaga 'macho', inferiority, superiority complex stuff so and so. That is probably the reason why we've been meeting about the same group of people and the absence of the same group of people as well. Nak kena pandai evaluate juga how people feel about us"

Five ordinal scale of `gratefulness of meeting a friend '
5 - Very grateful - (great if can meet again)
4 – Grateful - (great!!! Fine, see you again one fine day)
3 – Neutral - (Ok if you are around or not, ok if we meet again or not!)
2 - Pretend ok - (Hi hi, glad to meet you, emmm... you again!!!)
1 - Pure pretender - (eemmm, wish you are not around, but since you are here
I shake your hand, ok no harm)

cheers!!

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez